Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer
close

Amalkan ini setiap hari insyaallah rejeki datang melimpah..semoga yang baca rejeki nya melimpah


InsyaAllah REZEKI MELIMPAH
.
1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
.
2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
.
3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
.
4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
.
5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
.
6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
.
7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
.
8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
.
10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
.
4 amalan surah setiap hari.
.
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
.
Lain-lain:
.
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

Posting Komentar untuk "Amalkan ini setiap hari insyaallah rejeki datang melimpah..semoga yang baca rejeki nya melimpah"